SBN PRINT ENTERPRISE

Tuesday, February 4, 2014

Monday, August 2, 2010

Percetakan Perlis (1990) Sdn. Bhd.



PERCETAKAN PERLIS (1990) SDN. BHD. ini diasaskan oleh Tan Kah Ooi dan Tan Seok Peng sebagai sebuah perbadanan dan ianya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 November 1990. Namun begitu,  pemegang saham ini telah menjualkan saham mereka kepada Encik Sabri bin Nordin sekaligus menjadikan syarikat ini milik penuh bumiputera. Syarikat ini beroperasi di No. 123, Jalan Jubli Perak, 01000 Kangar, Perlis yang yang mempunyai kelengkapan-kelengkapan percetakan. Walaupun syarikat ini baru sahaja diambil alih, namun ia masih menjalankan operasi sepenuhnya seperti biasa dengan bilangan pekerja mahir seramai 5 orang. Dengan operasinya yang lebih sedekad Percetakan Perlis (1990) Sdn. Bhd. Sememangnya terkenal di kalangan pelanggan di sekitar Perlis. Dengan keupayaan mesin yang masih ada segala permintaan masih dapat disempurnakan dengan baik. Pelanggan-pelanggan syarikat adalah terdiri daripada pelanggan yang berpotensi memberikan pulangan yang meyakinkan seperti Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Institut Perguruan Perlis, Jabatan-jabatan kerajaan dan Syarikat-syarikat swasta.

Kami mengutamakan pendekatan yang fleksibel dan inovatif bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam menyediakan produk yang baik serta perkhidmatan yang berkualiti. Dalam menghadapi persaingan yang makin mencabar, Percetakan Perlis menitikberatkan kualiti yang unik dan kreatif dalam setiap produk yang dihasilkan.

Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut Sila Hubungi:

016-4443415 (EN SABRI BIN NORDIN)